Cuti-Cuti Seisi Keluarga di 6 Homestay Kuala Lumpur (dekat Menara Berkembar Petronas Tower KLCC) yang Terbaik dan Cantik untuk Family Day

Kuala Lumpur terdapat banyak tarikan pelancongan yang memang sesuai untuk seisi keluarga untuk dikunjungi seperti Little India, Jalan Petaling Chinatown, Batu Caves, Dataran Kemerdekaan dan Masjid Negara Malaysia. Lokasi-lokasi sebegini yang penuh dengan aspek tradisi dan kebudayaan Malaysia membolehkan para pelancong lebih memahami negara ini! Di Putrajaya, sekiranya para pelancong berpeluang untuk menuju ke situ, bolehlah melawati Jambatan Seri Wawasan, Istana Keadilan, Dataran Pahlawan Nasional, Masjid Putra ataupun Taman Persahabatan China-Malaysia! Pusat membeli-belah seperti 1 Utama Mall, Paradigm Mall, Suway Velocity dan Berjaya Times Square adalah antara beberapa pilihan yang boleh dikunjungi oleh para pelancong yang ingin membeli barang-barangan ataupun saja hendak berjalan-jalan di pusat membeli-belah.

Para pelancong yang merupakan pencinta alam pula bolehlah menuju ke lokasi seperti Taman Ekuestrian, Wetlands Park, Taman Warisan Pertanian, Taman Rekreasi Bukit Jalil dan Taman Patung ASEAN. Untuk makanan lokal Kuala Lumpur yang harus para pelancong mencuba ialah Char Koay Teow, Bak Kut Teh, nasi lemak, rojak dan sate yang boleh didapati di mana-mana kedai makanan, restoran dan kafe Kuala Lumpur! Para pelancong yang memang ingin mengadakan percutian hari keluarga di Kuala Lumpur, bolehlah tinggal di lokasi yang berdekatan dengan menara-menara di Kuala Lumpur yang terkenal, iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas KLCC. Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia, setinggi 451.9 meter, manakala Menara Kuala Lumpur adalah setinggi 420 meter. Inilah peluang para pelancong untuk ambil kesempatan ini untuk mengalami kemegahan dan keindahan kedua-dua menara ini secara berdekatan dan mencipta kenangan manis dengan seisi keluarga anda! Di Kuala Lumpur, untuk stesen bas dan stesen kereta api, para pelancong boleh menuju ke Terminal Bersepadu Selatan, manakala bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan penerbangan, boleh memilih antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Sempang ataupun Lapangan Terbang Sultan Abdul Azizi Shah. Untuk memudahkan para pelancong yang bercadang untuk menginapi di penginapan berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas KLCC, Sweethut Holiday telah memilihkan beberapa penginapan di Kuala Lumpur yang terbaik, cantik dan yang sesuai untuk seisi keluarga anda! Tempahlah penginapan anda di Kuala Lumpur sekarang di https://sweethut.holiday/ !


Regalia KL Infinity Pool Suites Studio 1 Near KLCC at Kuala Lumpur, Malaysia ( ID2446 )
Entire Space 1 bed   1 room

Apartment / Condominium / SOHO







143.00 MYR / night